Sunday, November 28, 2010

PERCUTIAN DI SG.BIRU, RANAU

Pernahkah anda ke Sg. Biru?

Kali ini kami sekeluarga pergi bercuti merehatkan badan dan minda di Sg. Biru pula. Sg. Biru terletak di Kg. Lohan dalam daerah Ranau. Lokasinya agak terlindung kerana anda perlu melalui jalan masuk lebih kurang 500meter dari jalan besar.
Pandangan sisi rumah berkembar

Dapur dengan peralatan yang lengkap

Terdapat 2 buah rumah berkembar untuk disewa pada kadar RM250 sebuah untuk semalam. Setiap rumah pula dilengkapi dengan sebuah bilik tidur berhawa dingin yang sangat luas,tv, ruang tamu, dapur lengkap dengan peralatan memasak dan bilik mandi dengan 'hot shower'.


Kolam mandi yang terletak di tepi kanan halaman rumah

Selain daripada itu terdapat juga 3 buah kolam mandi untuk anda yang suka mandi di kolam. Bagi yang suka memancing pula terdapat 8 buah kolam ikan dalam kawasan penginapan ini. Pihak pengurusan penginapan ada menyediakan joran dan umpan jika anda ingin memancing. Hasil tangkapan pula boleh anda beli pada harga berpatutan.


Budak-budak seronok memancing...terdapat juga
laluan refleksiologi di antara kolam ikan


Terdapat juga pondok-pondok rehat dan kawasan tempat memanggang di kawasan penginapan ini. Pondoknya pula didirikan di atas anak sungai yang mengalir...jadi semasa anda berehat anda akan dapat mendengar bunyi aliran air sungai yang sungguh menenangkan.




Cikgu Yus tenang menyemak kertas peperiksaan...

Sebuah surau juga ada disediakan oleh pihak pengurusan dan surau ini juga didirikan di atas anak sungai...pastinya memberikan ketenangan kepada kita semasa menghadap yang maha esa...


Surau berhampiran taman


Percutian kali ini digunakan sepenuhnya oleh anak-anak untuk belajar berenang dan memancing ikan sahaja...


Hasil tangkapan yang sedang dipanggang



Roy dan Zainal sedang memanggang ikan...

Ahhhh....cukup dulu untuk kali ini...lain kali sambung lagi, besar kemungkinan akan ke sini lagi sebab anak-anak masih juga belum pandai berenang....hihihi

PERCUTIAN DI KUNDASANG

Kundasang merupakan satu tempat yang paling kami sekeluarga gemari. Ini adalah kerana suasana sejuknya dengan keindahan alam sekitar amat menyenangkan. Kadanag-kadang bila cuaca terlalu panas di Kota Marudu kami pasti terbayang bertapa syoknya kalau berada di Kundasang....

Walaupun kami kerap bercuti di Kundasang tetapi sebenarnya ada banyak tempat-tempat menarik yang belum kami terokai. Oleh kerana itu kami sering berkunjung ke sini untuk melawat beberapa tempat yang belum sempat kami lawati.

Bergambar di depan resort

Kali ini kami membuat keputusan untuk bercuti dan menginap di Pine Resort, Kundasang. Penginapan di sini adalah pada kadar RM280 semalam untuk sebuah bilik. Saiz bilik juga agak luas jadi tidak ada masalah jika anda ingin tambah 'extra bed' dengan bayaran RM30 sebuah untuk semalam.Biliknya dilengkapi dengan king bed size, bilik mandi, tv dan sebuah balkoni yang sangat luas menghadap arah gunung Kinabalu. Jadi jika ingin menikmati pemandangan gunung Kinabalu bolehlah duduk lepak di balkoni sambil minum2 kopi...hihihi.
salah satu tempat lepak yang disediakan berlatar belakangkan gunung Kinabalu, bagi yang belum pernah ke sini boleh "kelentong" konon berada di luar negara...hahaha





Roy terduduk kepenatan...

Landskap di Pine Resort ni juga sangat cantik, terdapat taman permainan untuk kanak2, mini zoo dan taman orkid di sini. Selain daripada itu sebuah restoran turut disediakan dalam kawasan resort ini.....Keadaan struktur tanahnya berbukit jadi kalau jalan2 di sekitar resort kenalah ada stamina dan nafas yang kuat...takut pula keluar ampus...hahaha. Kepada yang ada penyakit asma tu jangan lupa bawa ubat sebab selain dari struktur tanah yang berbukit, resort ini juga terletak di pangkal kaki gunung Kinabalu.. oleh itu sudah semestinya suhu agak sejuk terutama pada waktu malam.

Taman permainan untuk kanak-kanan ....hahaha si Ikin, kaka, Nurul dan Ipan yang terlebih umur pun main di sini....Ikin cakap rugi kalau tidak guna semua kemudahan....



Minum petang di balkoni sambil menghirup udara segar dan sejuk berlatarkan gunung Kinabalu





Suasana malam yang semakin sejuk....

Jika anda sukakan suasana sejuk, bolehlah berjalan-jalan ke Mesilau. Terdapat sebuah kawasan yang diletakkan dalam jagaan Taman2 Sabah "Mesilau National Park" yang masih terletak dalam daerah Kundasang. Di sini suasananya sangat sejuk dan rupa tumbuhannya juga semakin berubah. Pokok-pokoknya bertambah rendah dan berubah warna..

Kak Rose- gambar diambil di Mesilau


Pasangan romantik- Zainal & Farezah

Suasana malam di Pine Resort sungguh cantik sekali. Sekitar resort dihiasi dengan lampu-lampu kerana kebetulan malam itu adalah malam krismas.... Kami pun buang masa berjalan-jalan menghirup udara malam di sekitar taman...

Bergambar di depan restoran The Pines


Antara pokok yang dihias cantik dengan lampu warna-warni

Keesokan harinya selepas bersarapan kami bersiar-siar di "War Memorial Park" Kundasang. Taman ini merupakan satu tempat yang bersejarah. War Memorial ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang mati di Sandakan.

Dibina pada 1962, taman ini memperingati perjalanan maut ke Ranau dan memperingati rakyat tempatan yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan tahanan perang tersebut. Ya la dulu-dulu sinikan hutan....


Kak Rose, Iyai, Charles & Zainal

Memorial ini terbahagi kepada empat bahagian, dan setiap bahagian mempunyai keunikannya sendiri. Taman ini juga dihiasi dengan pelbagai spesies bunga dan jangan ketinggalan untuk merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan dengan berlatar belakangkan gunung.


Di tepi jalan di Kundasang ini ada banyak gerai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Jadi sebelum pulang ke Kota Marudu kami mengambil kesempatan membeli sayur-sayuran dan buah-buah di sini...tapi anda harus berhati-hati kerana ada sesetengah sayuran yang dijual di sini harganya lebih mahal berbanding di tempat lain....Ok setakat ini dulu cerita 'jalan-jalan' kali ini....ada kesempatan dan ada $ pasti akan jalan-jalan lagi....

Saturday, November 27, 2010

KRISMAS DI TELUPID

Kali ini kisah perjalanan kami ke Telupid pula... keluarga saya, keluarga abang ipar saya Zainal dan kakak ipar saya Rosnah serta ibu mertua saya ke Telupid untuk merayakan sambutan Hari Krismas di rumah kakak ipar saya Elnie.

Perjalanan kami mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke Pekan Nabalu. Di sini kami berhenti rehat, makan dan ke tandas sebelum meneruskan perjalanan ke Telupid.
Jam 3 petang baru kami sampai di rumah kakak Elnie..agak lambat kerana kami terpaksa berhenti beberapa kali sebab ada yang mabuk dan termuntah.


Charles dan Ipan di atas menara di Pekan Nabalu





Biasalah bila lama tidak berjumpa semua sibuk bercerita, macam-macam cerita keluar...dari kisah semasa kecil hinggalah sekarang.


Ibu2 bercerita, sumandak-sumandak pula sibuk memasak di dapur sementara tanak wagu mandi di sungai yang terletak di belakang rumah...


Keesokkan harinya kami jalan-jalan di pekan Telupid pula..Telupid adalah sebuah pekan kecil yang terletak dalam daerah Beluran Sandakan.

Dari kanan: Farizah, Rosnah, Elnie dan budak di belakang yang buat 'peace' tu si wawa dengan aiskrimnya

hahaha...budak2 makan aiskrim

Pada sebelah petang pula kami hanya berjalan-jalan di kebun kerana menurut Charles sudah lama dia tidak ke kebun kakaknya itu. Rancangan untuk mandi di air terjun terpaksa kami batalkan kerana menjelang petang hujan turun dan perjalanan ke air terjun agak licin dan membahayakan.


Malam itu kami beramai-ramai membuat kuih "kaw Chung" sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut berintikan kacang tanah dan dibungkus menggunakan daun pandan. Kuih yang telah dibungkus akan direbus sehingga masak...sodappp ni..

Keesokan harinya adalah saat yang paling menyedihkan kerana kami akan pulang ke Kota Marudu...seperti biasa adegan berpelukan dan menitiskan air mata pun terjadi...part yang paling menyedihkan...apa2 pun janganlah bersedih, ada kesempatan pasti kami akan datang lagi...bye

Saturday, July 25, 2009

Keindahan Sabah, aku bangga jadi wargamu....Part 1


Hari ni saya mo kongsi cerita pasal negeri Sabah. Baru2 ini saya dan keluarga pg bercuti di Kundasang, Ranau, dan Luanti...Sebenarnya tempat-tempat ni sudah sering kami lawati tapi macam ndak pandai puas juga meningu tempat-tempat ni. Jadinya bila ada kelapangan kami mesti balik di tempat ini...Jadi kepada yang belum pernah ke tempat2 yang saya sebut tadi bolehlah baca coretan ini, manatau len kali berminat pula mo pigi...hehehe

Perjalanan kami bermula dari Kg.Damai la seperti biasa...Kami pg ramai2 dengan menggunakan 3 buah kereta yang dipandu oleh Charles (ketua rombongan), Yus dan saya....kami jalan ikut bypass Kota Belud untuk sampai di Pekan Nabalu. Kami sampai di Pekan Nabalu pada waktu tengahari...kami berehat untuk makan tengahari














Ipan, Iyai dan zira berehat di Pekan Nabalu

Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu National Park. Untuk masuk ke Kinabalu Park kita perlu membeli tiket dengan harga RM3 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Kami check in di Nephentes Lodge untuk 1 mlm...agak mahal juga sebab sekarang penginapan ini dibawah pengurusan Sutera Harbour..semasa masih dibawah pengurusan Kinabalu Park sewanya murah saja...Pada masa ini kadar sewa adalah RM780 semalam...aduhh mahalnya tapi tidak apa la sekali sekala kasi happy budak-budak...












Lodge ni dilengkapi dengan dua bilik tidur dan sebuah bilik mandi di tingkat atas. setiap bilik tidur pula memiliki beranda sendiri. Sementara di tingkat bawah pula terdapat sebuah ruang tamu lengkap dengan perabut dan TV astro channel, ruang makan, dapur, bilik air dan "fire place" tapi yang paling anakku Ipan suka adalah "line internet sangat laju di sini..."hihihi. Ipan ni sentiasa bawa lappy setiap kali jalan sebab telampau kuat main game...(tidak la berapa bagus ni perangai sebenarnya....)












Selepas berehat dan mandi, kami keluar makan di restoran yang terletak di hadapan Taman Kinabalu..sini makanannya dijual dengan harga yang sederhana. Makin petang semakin sejuk pula suasana di sini...kabus pun semakin tebal.



Sebelah malam kami hanya berehat sambil menonton TV sementara budak2 main api dan melayar internet.













Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Sg. Luanti yang terletak di Kg. Moroli. Di sini
kami menyewa 3 buah rumah2 kecil tetapi lengkap dengan bilik mandi dan dapur pada kadar sewa RM60 sem
alam untuk sebuah rumah
.



Di sini budak-budak paling seronok sebab dapat mandi bersama ikan dan yang paling penting dapat mandi di sungai beramai-ramai. Tiba-tiba saya terfikir....apalah rasa ikan tu? macam saya tidak pula mau makan tu ikan sebab macam2 jenis kulit dan kudis orang yang dimakannya....adehhhh...hahahaha tapi tidak juga ba tu kan sebab ada juga sistem pembersihan tu ikan...apa2 pun saya rasa sangat seronok tengok budak-budak ni happy...










Wednesday, February 11, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA DI BOMBONG 4 PART 2

Sorry lama tidak terupdate blog, sibuk sikit sebab sekarang skul kami buat persiapan sukan zon & macam2 lagi...Hari ni saya mo sambung cerita perjumpaan keluarga di Bombong 4...dalam post yang dulu saya cerita sampai keesokan pagi sudah..

(Jalan yang rosak teruk menuju ke tanah kampung Bombong 4, curam oooo.....)

31/12/2008 - kami semua bangun awal, selepas menikmati sarapan mee goreng dan minuman 3in1 (nescafe & milo) kami bercadang untuk pergi ke tanah kampung Bombong 4. Kami mo melawat saudara-mara iyai yang tinggal di tanah kampung...Jarak kawasan tanah kampung dari rumah Loumir agak jauh juga. Kami terpaksa berjalan kaki kerana jalan raya rosak teruk sehingga tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Jauh juga ni sebab terpaksa turun naik 5 buah bukit....adehhh panat juga tapi siuk... di sini juga kami teruji, bukan saja dari segi fizikal tapi dari segi mental juga....manakah tidak ada satu tu saudara iyai jalan sama-sama kami relak ja, padahal tua sudah....hehehe tebayang aku kalau si Cherry ikut alamat sengsara dia....ari tu baru mendaki tangga mo tengok patung dewa Vishnu pun dia lenguh kaki...apa lagi ni mo limpas 5 buah bukit....kami jalan palan-palan dan kadang-kadang berhenti sekajap berehat...

Akhirnya hampir jam 11.30 pagi kami pun sampai di kawasan tanah kampung...suasana di situ aman damai. Cuma kedengaran paluan gong dan orang menyanyi dari rumah ketua kampung. Rupa-rupanya dorang baru lepas dari 'mitatabang' jadi ada makan-makanlah di rumah ketua kampung.

Kami terus pigi rumah si aman, si aman ni adik iyai...sampai ja kami terus si aman suruh charles sembelih ayam...dorang bilang sebagai tanda penghormatan dan menghargai kedatangan kami. Adeh rasa terharu juga dihormat macam tu....kesian juga si aman ada juga dia buat kui ubi macam pais tu...Sempat juga si aman memeluk aku dan menangis sambil berkata berulang-ulang "aiso jalan, aiso jalan"....mula-mula tu aku ingatkan si aman mengadu jalan ke kampungnya rosak tapi kemudian aku fikir mungkin pasal tiada pendapatan sebab keadaan cuaca yang asyik ujan menyukarkan dia mencari pendapatan....tapi sangkaan aku meleset bila si aman sambung lagi yang dalam melayunya berbunyi " aku tidak tau kamu datang, kalau aku tau aku bikin tapai"...hahaha kesian juga si aman, biasalah dorang di sini bukan ada oren, cola atau kupi untuk dihidang, paling-paling ada tapai....hehe aku pun jawab " tidak apa aman, kami bukan mo minum tapai..kami mo lawat aman saja...." senyum-senyum si aman mendengar jawapan ku

Bebalik pada ayam yang telah disembelih tu, ayam tu dikerjakan dan dimasak oleh si Rainah anak buah iyai.

Sementara tu kami teruskan lagi perjalanan ke rumah Jailon, Jailon ni anak si aman. Untuk sampai ke rumah si Jailon kami terpaksa naik dan turun satu buah bukit lagi....hehe kalau hari-hari jalan macam ni alamat tekurus ooo....Selepas berbual-bual kami pun kembali semula ke rumah aman....aku dapat ole-ole dari keluarga Jailon iaitu 2 buah bantal kapuk yang comel...bantal handmade dan homemade lagi...kami juga dikasi ubi kayu untuk dibawa pulang ke Damai.

(mengampai kepenatan dorang di rumah si Jailon...tu la siapa suruh telampau tidak fit...hehe)

Sampai di rumah si aman kami dijamu makan tengahari dengan lauk sup ayam yang dimasak oleh si Rainah....sedap pula padahal cuma direbus. Tiada campurannya...bila siap dimasak sup tu diletak di tengah-tengah dan siapa-siapa yang mau makan bolehlah menambahkan garam dan lada padi saja....hehe kesadapan pula budak-budak tu ku tengok...tapi mengkali sebab ayam kampung rasanya manis walaupun dimasak tiada aji nomoto dan bawang,halia...


(Ipan anak bungsuku sedang makan 'linopot' lauk sup ayam kampung...hehehe banyak betul tu 'linopot' di dapan dia.....)

(generasi baru sedang mencuba memasak di 'rapuan'.... yang baju merah tu anak charles & yang baju kuning tu pula anak Jilid....hehehe)

Selepas makan tengahari kami teruskan perjalanan kembali ke rumah Loumir, sempat lagi kami singgah di rumah satu lagi saudara iyai untuk mengambil umbut.
Petang itu selepas berkemas-kemas kami pulang ke Damai....tapi dengar-dengar akan ada lagi reunion dibuat pada bulan mei 2009 akan datang.... mungkin pada waktu itu segala aktiviti akan dapat dirancang dengan lebih teratur.....

Thursday, February 5, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA DI BOMBONG 4 Part 1



( Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah saudara Loumir Birula )

Hari ni saya mo kongsi pengalaman menarik semasa perjumpaan keluarga sebelah suami saya. Perjumpaan ini telah diadakan pada 30-31hb December 2008 yang lalu bertempat di rumah saudara Loumir Birula (anak saudara suami). Perjumpaan ini dihadiri oleh hampir semua ahli keluarga sebelah ibu mertua saya.

Pada 30hb December saya dan keluarga, abg ipar saya Jilid, Zainal, Herman dan kakak ipar saya Rosnah bersama dengan keluarga masing-masing bertolak dari kg.Damai dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Tidak ketinggalan ibu mertua saya yang saya panggil iyai. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit. Walaupun destinasi yang kami tuju itu tidak terlalu jauh namun laluannya amat sukar kerana jalanraya menuju ke Bombong 4 ini agak curam dan tidak bertar. emmmm... cemas juga saya bila ada dua tempat kami terpaksa menggunakan 'low gear' untuk mendaki bukit...tapi semuanya berjaya dilalui.

Kami sampai di rumah Loumir hampir jam 12 tengahari. Semasa kami sampai sudah ramai saudara-mara iyai berkumpul menyambut kami. Selepas bersalam-salaman kami pun makan tengahari beramai-ramai. Wahh best juga makan nasi di daun, nasi ni dipanggil 'linopot'. Ini merupakan perkara baru bagi anak-anak kami. Saya gembira melihat anak-anak kami dapat menyesuaikan diri di sini.


( ramai-ramai makan 'linopot' )

Selepas menjamu selera, kami dihiburkan dengan paluan muzik tradisional...dorang main gong dan kulintangan ba...apa lagi kami pun mengigol la walaupun ndak juga pandai...anak-anak kami pun berabis juga mencuba tarian ini. Suasana sungguh meriah macam pula ada orang kahwin.

(mengigol beramai-ramai....kelihatan Charles & Jilid sedang menari....ok juga ka dorang menari?)



(Loumir dan Charles mengigol berlatar belakangkan pemandangan Teluk Marudu)

( Ilan, Ebi dan Fandi sedang memanggang ayam....)

Menjelang petang saya, biras2 saya dan anak-anak kami pergi mandi di satu sungai kecil. Cantik sungai ni macam ada air terjun kecil dan airnya sangat jernih tapi punyalah sejuk tu air macam air yang dari peti sejuk saja. Dorang panggil sungai ni 'wasoi'. Nantilah saya uploadkan gambar sungai ni, sekarang tidak dapat upload sebab telampau ndak bagus network ni...
Lepas mandi kami berkumpul semula di rumah saudara Loumir. Kabus pun mulai datang dan hari pun semakin sejuk...macam di kundasang pula rasanya di sini.



Teluk Marudu jelas kelihatan dari halaman rumah saudara Loumir

( Kelihatan kabus mulai turun diwaktu petang...)


Ingatkan malam ni kami cuma duduk becerita tapi rupa-rupanya ada pula dorang sedia set karaoke...sebenarnya di bombong 4 ni tiada bekalan elektrik tapi di rumah saudara Loumir ni ada sebab dia pakai generator...macam waktu kami kecil-kecil di Tandek...Baaa bila kedengaran bunyi-bunyi muzik ni apa lagi bertambah ramailah saudara-mara yang datang. Berabis dorang menari dan menyanyi. Pendek kata siuk la ba...Hehehe kami termasuk aku pun ikut juga menari...hahaha aku hantam ja la ndak tau apa punya tarian, mangkali macam Mahmud Jun tu dalam wayang P.Ramlee....Seperti kebiasaannya mesti juga ada minum-minum singarung la...hehe biasa la ba tu tapi saya faham juga dan kami semua pun buat biasa saja. Nasib juga ndak juga dorang telampau berabis la...Pesta malam tu berakhir pada jam 12 malam. Kami tidur beramai-ramai di ruang tamu rumah saudara Loumir tapi saya dan 2 orang anak lagi tidur dalam khemah di halaman rumah...hehehe sekali pagi sudah baru dorang sadar kami berkhemah...apa lagi dorang bilang indak asi sebab kami berkemah...hahaha. Pagi-pagi di Bombong 4 punyalah sejuk...begagar dan ndak sudah kami sanggup mandi pagi...
Emmm terpaksa stop dulu lah ada suda kerja ni mo dibuat... nanti la disambung lagi ni cerita ki...

Wednesday, February 4, 2009

SULAP PIANDAMAN

Aiiii....geram tul aku, 2 hari suda aku berusaha mo upload gambar sulap kami ni tapi telampau la teruk network cini...ndak ja dapat...

Aku bukan apa, saja mo kongsi seronok dapat lepak2 di sulap. Lamaaaa suda kami mo buat sulap ni tapi sekarang baru terlaksana.

Baru 2 minggu sulap ni siap sepenuhnya tapi ramai suda orang tidur di sini. Antaranya c yus, onot, ilan, kami, anak kami dan sepupu dorang. Pendek kata sulap ni jadi keminatan pula, padahal mula2 tu kami buat cuma untuk mengimbau kisah2 silap zaman dolu-dolu...

C Androd pun suka tul lepak di sulap ni...hehehe. Sampai sekarang masih juga aku berusaha mo upload gambar tapi masih juga gagal... ades ndak pa la akan ku cuba juga kenapalah sampai berhari-hari....hehehe pantang menyerah kala bo..anak murid cigu Norjam wei ni...
Naaaa....akhirnya dapat juga aku uploadkan 2 keping gambar 'sulap piandaman' ni. Di sulap ni la anak-anak ku mengulangkaji pelajaran di hujung minggu...kami pun selalu lepak sambil minum-minum kupi di sini....

pandangan dari hadapan ' sulap piandaman '


pandangan dari sudut tepi sulap....