Sunday, November 28, 2010

PERCUTIAN DI KUNDASANG

Kundasang merupakan satu tempat yang paling kami sekeluarga gemari. Ini adalah kerana suasana sejuknya dengan keindahan alam sekitar amat menyenangkan. Kadanag-kadang bila cuaca terlalu panas di Kota Marudu kami pasti terbayang bertapa syoknya kalau berada di Kundasang....

Walaupun kami kerap bercuti di Kundasang tetapi sebenarnya ada banyak tempat-tempat menarik yang belum kami terokai. Oleh kerana itu kami sering berkunjung ke sini untuk melawat beberapa tempat yang belum sempat kami lawati.

Bergambar di depan resort

Kali ini kami membuat keputusan untuk bercuti dan menginap di Pine Resort, Kundasang. Penginapan di sini adalah pada kadar RM280 semalam untuk sebuah bilik. Saiz bilik juga agak luas jadi tidak ada masalah jika anda ingin tambah 'extra bed' dengan bayaran RM30 sebuah untuk semalam.Biliknya dilengkapi dengan king bed size, bilik mandi, tv dan sebuah balkoni yang sangat luas menghadap arah gunung Kinabalu. Jadi jika ingin menikmati pemandangan gunung Kinabalu bolehlah duduk lepak di balkoni sambil minum2 kopi...hihihi.
salah satu tempat lepak yang disediakan berlatar belakangkan gunung Kinabalu, bagi yang belum pernah ke sini boleh "kelentong" konon berada di luar negara...hahaha





Roy terduduk kepenatan...

Landskap di Pine Resort ni juga sangat cantik, terdapat taman permainan untuk kanak2, mini zoo dan taman orkid di sini. Selain daripada itu sebuah restoran turut disediakan dalam kawasan resort ini.....Keadaan struktur tanahnya berbukit jadi kalau jalan2 di sekitar resort kenalah ada stamina dan nafas yang kuat...takut pula keluar ampus...hahaha. Kepada yang ada penyakit asma tu jangan lupa bawa ubat sebab selain dari struktur tanah yang berbukit, resort ini juga terletak di pangkal kaki gunung Kinabalu.. oleh itu sudah semestinya suhu agak sejuk terutama pada waktu malam.

Taman permainan untuk kanak-kanan ....hahaha si Ikin, kaka, Nurul dan Ipan yang terlebih umur pun main di sini....Ikin cakap rugi kalau tidak guna semua kemudahan....



Minum petang di balkoni sambil menghirup udara segar dan sejuk berlatarkan gunung Kinabalu





Suasana malam yang semakin sejuk....

Jika anda sukakan suasana sejuk, bolehlah berjalan-jalan ke Mesilau. Terdapat sebuah kawasan yang diletakkan dalam jagaan Taman2 Sabah "Mesilau National Park" yang masih terletak dalam daerah Kundasang. Di sini suasananya sangat sejuk dan rupa tumbuhannya juga semakin berubah. Pokok-pokoknya bertambah rendah dan berubah warna..

Kak Rose- gambar diambil di Mesilau


Pasangan romantik- Zainal & Farezah

Suasana malam di Pine Resort sungguh cantik sekali. Sekitar resort dihiasi dengan lampu-lampu kerana kebetulan malam itu adalah malam krismas.... Kami pun buang masa berjalan-jalan menghirup udara malam di sekitar taman...

Bergambar di depan restoran The Pines


Antara pokok yang dihias cantik dengan lampu warna-warni

Keesokan harinya selepas bersarapan kami bersiar-siar di "War Memorial Park" Kundasang. Taman ini merupakan satu tempat yang bersejarah. War Memorial ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang mati di Sandakan.

Dibina pada 1962, taman ini memperingati perjalanan maut ke Ranau dan memperingati rakyat tempatan yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan tahanan perang tersebut. Ya la dulu-dulu sinikan hutan....


Kak Rose, Iyai, Charles & Zainal

Memorial ini terbahagi kepada empat bahagian, dan setiap bahagian mempunyai keunikannya sendiri. Taman ini juga dihiasi dengan pelbagai spesies bunga dan jangan ketinggalan untuk merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan dengan berlatar belakangkan gunung.


Di tepi jalan di Kundasang ini ada banyak gerai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Jadi sebelum pulang ke Kota Marudu kami mengambil kesempatan membeli sayur-sayuran dan buah-buah di sini...tapi anda harus berhati-hati kerana ada sesetengah sayuran yang dijual di sini harganya lebih mahal berbanding di tempat lain....Ok setakat ini dulu cerita 'jalan-jalan' kali ini....ada kesempatan dan ada $ pasti akan jalan-jalan lagi....

2 comments:

Kee Heritage said...

ooo itu pasal ka ada memorial disitu tu... saya ingat yg di sandakan saja...

FaMulan said...

ya tu la sebab war memorial tu ada di situ, struktur bangunan tu pun yang asal, cuma dikasi cantik dengan bunga2 sudah la...ada lagi disenaraikan nama2 tentera yang terkorban tu...ramai pelancong datang sini, mungkin melawat tempat saudara2 dorang meninggal tu...