Sunday, November 28, 2010

PERCUTIAN DI SG.BIRU, RANAU

Pernahkah anda ke Sg. Biru?

Kali ini kami sekeluarga pergi bercuti merehatkan badan dan minda di Sg. Biru pula. Sg. Biru terletak di Kg. Lohan dalam daerah Ranau. Lokasinya agak terlindung kerana anda perlu melalui jalan masuk lebih kurang 500meter dari jalan besar.
Pandangan sisi rumah berkembar

Dapur dengan peralatan yang lengkap

Terdapat 2 buah rumah berkembar untuk disewa pada kadar RM250 sebuah untuk semalam. Setiap rumah pula dilengkapi dengan sebuah bilik tidur berhawa dingin yang sangat luas,tv, ruang tamu, dapur lengkap dengan peralatan memasak dan bilik mandi dengan 'hot shower'.


Kolam mandi yang terletak di tepi kanan halaman rumah

Selain daripada itu terdapat juga 3 buah kolam mandi untuk anda yang suka mandi di kolam. Bagi yang suka memancing pula terdapat 8 buah kolam ikan dalam kawasan penginapan ini. Pihak pengurusan penginapan ada menyediakan joran dan umpan jika anda ingin memancing. Hasil tangkapan pula boleh anda beli pada harga berpatutan.


Budak-budak seronok memancing...terdapat juga
laluan refleksiologi di antara kolam ikan


Terdapat juga pondok-pondok rehat dan kawasan tempat memanggang di kawasan penginapan ini. Pondoknya pula didirikan di atas anak sungai yang mengalir...jadi semasa anda berehat anda akan dapat mendengar bunyi aliran air sungai yang sungguh menenangkan.




Cikgu Yus tenang menyemak kertas peperiksaan...

Sebuah surau juga ada disediakan oleh pihak pengurusan dan surau ini juga didirikan di atas anak sungai...pastinya memberikan ketenangan kepada kita semasa menghadap yang maha esa...


Surau berhampiran taman


Percutian kali ini digunakan sepenuhnya oleh anak-anak untuk belajar berenang dan memancing ikan sahaja...


Hasil tangkapan yang sedang dipanggang



Roy dan Zainal sedang memanggang ikan...

Ahhhh....cukup dulu untuk kali ini...lain kali sambung lagi, besar kemungkinan akan ke sini lagi sebab anak-anak masih juga belum pandai berenang....hihihi

3 comments:

Bunga Negara said...

aku mau ikut

FaMulan Kee said...

hehe...boleh bahhh...

Unknown said...

Ikan darat atau ikan laut?