Wednesday, February 11, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA DI BOMBONG 4 PART 2

Sorry lama tidak terupdate blog, sibuk sikit sebab sekarang skul kami buat persiapan sukan zon & macam2 lagi...Hari ni saya mo sambung cerita perjumpaan keluarga di Bombong 4...dalam post yang dulu saya cerita sampai keesokan pagi sudah..

(Jalan yang rosak teruk menuju ke tanah kampung Bombong 4, curam oooo.....)

31/12/2008 - kami semua bangun awal, selepas menikmati sarapan mee goreng dan minuman 3in1 (nescafe & milo) kami bercadang untuk pergi ke tanah kampung Bombong 4. Kami mo melawat saudara-mara iyai yang tinggal di tanah kampung...Jarak kawasan tanah kampung dari rumah Loumir agak jauh juga. Kami terpaksa berjalan kaki kerana jalan raya rosak teruk sehingga tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Jauh juga ni sebab terpaksa turun naik 5 buah bukit....adehhh panat juga tapi siuk... di sini juga kami teruji, bukan saja dari segi fizikal tapi dari segi mental juga....manakah tidak ada satu tu saudara iyai jalan sama-sama kami relak ja, padahal tua sudah....hehehe tebayang aku kalau si Cherry ikut alamat sengsara dia....ari tu baru mendaki tangga mo tengok patung dewa Vishnu pun dia lenguh kaki...apa lagi ni mo limpas 5 buah bukit....kami jalan palan-palan dan kadang-kadang berhenti sekajap berehat...

Akhirnya hampir jam 11.30 pagi kami pun sampai di kawasan tanah kampung...suasana di situ aman damai. Cuma kedengaran paluan gong dan orang menyanyi dari rumah ketua kampung. Rupa-rupanya dorang baru lepas dari 'mitatabang' jadi ada makan-makanlah di rumah ketua kampung.

Kami terus pigi rumah si aman, si aman ni adik iyai...sampai ja kami terus si aman suruh charles sembelih ayam...dorang bilang sebagai tanda penghormatan dan menghargai kedatangan kami. Adeh rasa terharu juga dihormat macam tu....kesian juga si aman ada juga dia buat kui ubi macam pais tu...Sempat juga si aman memeluk aku dan menangis sambil berkata berulang-ulang "aiso jalan, aiso jalan"....mula-mula tu aku ingatkan si aman mengadu jalan ke kampungnya rosak tapi kemudian aku fikir mungkin pasal tiada pendapatan sebab keadaan cuaca yang asyik ujan menyukarkan dia mencari pendapatan....tapi sangkaan aku meleset bila si aman sambung lagi yang dalam melayunya berbunyi " aku tidak tau kamu datang, kalau aku tau aku bikin tapai"...hahaha kesian juga si aman, biasalah dorang di sini bukan ada oren, cola atau kupi untuk dihidang, paling-paling ada tapai....hehe aku pun jawab " tidak apa aman, kami bukan mo minum tapai..kami mo lawat aman saja...." senyum-senyum si aman mendengar jawapan ku

Bebalik pada ayam yang telah disembelih tu, ayam tu dikerjakan dan dimasak oleh si Rainah anak buah iyai.

Sementara tu kami teruskan lagi perjalanan ke rumah Jailon, Jailon ni anak si aman. Untuk sampai ke rumah si Jailon kami terpaksa naik dan turun satu buah bukit lagi....hehe kalau hari-hari jalan macam ni alamat tekurus ooo....Selepas berbual-bual kami pun kembali semula ke rumah aman....aku dapat ole-ole dari keluarga Jailon iaitu 2 buah bantal kapuk yang comel...bantal handmade dan homemade lagi...kami juga dikasi ubi kayu untuk dibawa pulang ke Damai.

(mengampai kepenatan dorang di rumah si Jailon...tu la siapa suruh telampau tidak fit...hehe)

Sampai di rumah si aman kami dijamu makan tengahari dengan lauk sup ayam yang dimasak oleh si Rainah....sedap pula padahal cuma direbus. Tiada campurannya...bila siap dimasak sup tu diletak di tengah-tengah dan siapa-siapa yang mau makan bolehlah menambahkan garam dan lada padi saja....hehe kesadapan pula budak-budak tu ku tengok...tapi mengkali sebab ayam kampung rasanya manis walaupun dimasak tiada aji nomoto dan bawang,halia...


(Ipan anak bungsuku sedang makan 'linopot' lauk sup ayam kampung...hehehe banyak betul tu 'linopot' di dapan dia.....)

(generasi baru sedang mencuba memasak di 'rapuan'.... yang baju merah tu anak charles & yang baju kuning tu pula anak Jilid....hehehe)

Selepas makan tengahari kami teruskan perjalanan kembali ke rumah Loumir, sempat lagi kami singgah di rumah satu lagi saudara iyai untuk mengambil umbut.
Petang itu selepas berkemas-kemas kami pulang ke Damai....tapi dengar-dengar akan ada lagi reunion dibuat pada bulan mei 2009 akan datang.... mungkin pada waktu itu segala aktiviti akan dapat dirancang dengan lebih teratur.....

Thursday, February 5, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA DI BOMBONG 4 Part 1



( Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah saudara Loumir Birula )

Hari ni saya mo kongsi pengalaman menarik semasa perjumpaan keluarga sebelah suami saya. Perjumpaan ini telah diadakan pada 30-31hb December 2008 yang lalu bertempat di rumah saudara Loumir Birula (anak saudara suami). Perjumpaan ini dihadiri oleh hampir semua ahli keluarga sebelah ibu mertua saya.

Pada 30hb December saya dan keluarga, abg ipar saya Jilid, Zainal, Herman dan kakak ipar saya Rosnah bersama dengan keluarga masing-masing bertolak dari kg.Damai dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Tidak ketinggalan ibu mertua saya yang saya panggil iyai. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit. Walaupun destinasi yang kami tuju itu tidak terlalu jauh namun laluannya amat sukar kerana jalanraya menuju ke Bombong 4 ini agak curam dan tidak bertar. emmmm... cemas juga saya bila ada dua tempat kami terpaksa menggunakan 'low gear' untuk mendaki bukit...tapi semuanya berjaya dilalui.

Kami sampai di rumah Loumir hampir jam 12 tengahari. Semasa kami sampai sudah ramai saudara-mara iyai berkumpul menyambut kami. Selepas bersalam-salaman kami pun makan tengahari beramai-ramai. Wahh best juga makan nasi di daun, nasi ni dipanggil 'linopot'. Ini merupakan perkara baru bagi anak-anak kami. Saya gembira melihat anak-anak kami dapat menyesuaikan diri di sini.


( ramai-ramai makan 'linopot' )

Selepas menjamu selera, kami dihiburkan dengan paluan muzik tradisional...dorang main gong dan kulintangan ba...apa lagi kami pun mengigol la walaupun ndak juga pandai...anak-anak kami pun berabis juga mencuba tarian ini. Suasana sungguh meriah macam pula ada orang kahwin.

(mengigol beramai-ramai....kelihatan Charles & Jilid sedang menari....ok juga ka dorang menari?)



(Loumir dan Charles mengigol berlatar belakangkan pemandangan Teluk Marudu)

( Ilan, Ebi dan Fandi sedang memanggang ayam....)

Menjelang petang saya, biras2 saya dan anak-anak kami pergi mandi di satu sungai kecil. Cantik sungai ni macam ada air terjun kecil dan airnya sangat jernih tapi punyalah sejuk tu air macam air yang dari peti sejuk saja. Dorang panggil sungai ni 'wasoi'. Nantilah saya uploadkan gambar sungai ni, sekarang tidak dapat upload sebab telampau ndak bagus network ni...
Lepas mandi kami berkumpul semula di rumah saudara Loumir. Kabus pun mulai datang dan hari pun semakin sejuk...macam di kundasang pula rasanya di sini.



Teluk Marudu jelas kelihatan dari halaman rumah saudara Loumir

( Kelihatan kabus mulai turun diwaktu petang...)


Ingatkan malam ni kami cuma duduk becerita tapi rupa-rupanya ada pula dorang sedia set karaoke...sebenarnya di bombong 4 ni tiada bekalan elektrik tapi di rumah saudara Loumir ni ada sebab dia pakai generator...macam waktu kami kecil-kecil di Tandek...Baaa bila kedengaran bunyi-bunyi muzik ni apa lagi bertambah ramailah saudara-mara yang datang. Berabis dorang menari dan menyanyi. Pendek kata siuk la ba...Hehehe kami termasuk aku pun ikut juga menari...hahaha aku hantam ja la ndak tau apa punya tarian, mangkali macam Mahmud Jun tu dalam wayang P.Ramlee....Seperti kebiasaannya mesti juga ada minum-minum singarung la...hehe biasa la ba tu tapi saya faham juga dan kami semua pun buat biasa saja. Nasib juga ndak juga dorang telampau berabis la...Pesta malam tu berakhir pada jam 12 malam. Kami tidur beramai-ramai di ruang tamu rumah saudara Loumir tapi saya dan 2 orang anak lagi tidur dalam khemah di halaman rumah...hehehe sekali pagi sudah baru dorang sadar kami berkhemah...apa lagi dorang bilang indak asi sebab kami berkemah...hahaha. Pagi-pagi di Bombong 4 punyalah sejuk...begagar dan ndak sudah kami sanggup mandi pagi...
Emmm terpaksa stop dulu lah ada suda kerja ni mo dibuat... nanti la disambung lagi ni cerita ki...

Wednesday, February 4, 2009

SULAP PIANDAMAN

Aiiii....geram tul aku, 2 hari suda aku berusaha mo upload gambar sulap kami ni tapi telampau la teruk network cini...ndak ja dapat...

Aku bukan apa, saja mo kongsi seronok dapat lepak2 di sulap. Lamaaaa suda kami mo buat sulap ni tapi sekarang baru terlaksana.

Baru 2 minggu sulap ni siap sepenuhnya tapi ramai suda orang tidur di sini. Antaranya c yus, onot, ilan, kami, anak kami dan sepupu dorang. Pendek kata sulap ni jadi keminatan pula, padahal mula2 tu kami buat cuma untuk mengimbau kisah2 silap zaman dolu-dolu...

C Androd pun suka tul lepak di sulap ni...hehehe. Sampai sekarang masih juga aku berusaha mo upload gambar tapi masih juga gagal... ades ndak pa la akan ku cuba juga kenapalah sampai berhari-hari....hehehe pantang menyerah kala bo..anak murid cigu Norjam wei ni...
Naaaa....akhirnya dapat juga aku uploadkan 2 keping gambar 'sulap piandaman' ni. Di sulap ni la anak-anak ku mengulangkaji pelajaran di hujung minggu...kami pun selalu lepak sambil minum-minum kupi di sini....

pandangan dari hadapan ' sulap piandaman '


pandangan dari sudut tepi sulap....