Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN-JALAN. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

TAMAN KINABALU sub stesen SERINSIM KOTA MARUDU.








Air sungai Serinsim yang sejuk dan segar..



Gunung Nambukong - gunung ke 3 tertinggi di Sabah

Pejabat Pentadbiran Taman Kinabalu sub-stesen Serinsim

Chalet untuk disewa pada kadar rm300 semalam 

Chalet ini mempunyai 3 buah bilik tidur, lengkap dengan bilik air, ruang tamu dan dapur...dapur pula lengkap dengan peralatan memasak...pengunjung hanya perlu membawa bahan makanan untuk dimasak..

Padang bola berhampiran dengan chalet dan rumah pekerja..

antara pokok yang terdapat di taman ini..

boleh duduk2 rehat sambil menikmati udara segar dan melihat pemandangan sungai Serinsim..

Thursday, October 20, 2011

Percutian di Simpang Mengayau Tip Of Borneo

Kali ini trip jalan2 cari makan teringin  berehat di tepi pantai..jadi kali ini percutian diadakan di Simpang Mengayau pula...untuk pengetahuan semua Simpang Mengayau ni dikenali juga sebagai Tip of Borneo kerana kedudukannya betul2 di tip pada kepulauan borneo.  Simpang Mengayau terletak dalam daerah Kudat.  Selain dari Tip Of Borneo terdapat banyak tempat menarik boleh dilawati di Kudat ni..antaranya Pantai Kelambu, Rumah Panjang Bavanggazo, Ladang Madu Lebah ( Kg. Gombizau ), Pusat membuat Gong, Pusat membuat manik dan zoo.

 Kami bertolak awal dari rumah..dalam perjalanan terjumpa kereta angkat penumpang ni..kami panggil "pick up" hihi..teringat masa kecil2 dulu kalau naik "pick up" perlu tepuk badan keta kalau mau turun atau berhenti...hihi



kami sampai di Simpang Mengayau pada waktu tengahari...terlihat beberapa pelancong berkhemah di tepi pantai..

 Tip Of Borneo Resort @ Tommy's Place

Kami check in di Lodge ini..nama Lodge ni Tip Of Borneo Resort atau dikenali juga dengan nama Tommy's Place.  Terdapat dua jenis bilik di Lodge ni iaitu twin bed room dengan kadar sewa rm130 semalam dan triple room (1 double bed + 1 single bed) pada kadar sewa rm180 semalam.  yang bestnya ada breakfast free dan wifi free.  Soal makan jangan risau..saya ada bertanya dan restoran di Lodge ni halal..kata pekerjanya laaa..Kalau berminat untuk stay di sini boleh hubungi no tel ni 0135583597.

 dihujung jalan ni ada sebuah globe yg besar

Selepas check in, kami jalan2 di sekitar kawasan menikmati keindahan alam dengan udara laut yang segar..

terjumpa kelapa terbesar di dunia ni dekat dengan restoran..hihi replika kelapa ja

pasir di pantai ni sangat bersih..

 

lepas tu mandi manda walaupun ombak agak besar masa ni...mandi di tepi2 ja la


menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sangat indah..





sunset view from different angle..
Pada masa sekarang ni ada beberapa chalet sedang dalam pembinaan.. chalet dalam gambar ni pula sudah boleh disewa.  Nama chalet ni BorneoTip Beach Lodge. kadar sewa dari rm 150 - 240 semalam.  Ni no tel untuk tempahan bilik 0168170163.

BorneoTip Beach Lodge
 kalau suka boleh juga BBQ di sini..

 awal pagi lagi budak2 ni sudah main di pantai..

 kalau tidak suka solat di bilik penginapan, boleh juga solat di sini..surau disediakan..

 ni dia globe yang besar tu..

 rumah api berhampiran tip of borneo..

 pemandangan ni hanya dapat dilihat bila berada betul2 di tip tu..ada amaran tu tidak boleh g sini..hihi sapa2 yg g juga sebarang masalah tanggung sendiri ya...

 gambar tebing diambi dari dekat..mcm muka orang..kawan yg di gua niah sarawak tu..hihi

 ni tebing yang perlu dipanjat dan dituruni kalau mo g tip yg sebenar benarnya..sekali lagi sebarang masalah tanggungan sendiri sb sudah ada tanda amaran tidak boleh ke kawasan ini..


Macam2 aktiviti boleh dijalankan di sini..antaranya kayaking, diving, lepaking...hihi, jogging, bbq dan boleh juga sewa basikal untuk bersiar2...terdapat juga penginapan rumah panjang di kawasan tepi pantai ini bagi yang ingin mencuba..

Sunday, November 28, 2010

PERCUTIAN DI SG.BIRU, RANAU

Pernahkah anda ke Sg. Biru?

Kali ini kami sekeluarga pergi bercuti merehatkan badan dan minda di Sg. Biru pula. Sg. Biru terletak di Kg. Lohan dalam daerah Ranau. Lokasinya agak terlindung kerana anda perlu melalui jalan masuk lebih kurang 500meter dari jalan besar.
Pandangan sisi rumah berkembar

Dapur dengan peralatan yang lengkap

Terdapat 2 buah rumah berkembar untuk disewa pada kadar RM250 sebuah untuk semalam. Setiap rumah pula dilengkapi dengan sebuah bilik tidur berhawa dingin yang sangat luas,tv, ruang tamu, dapur lengkap dengan peralatan memasak dan bilik mandi dengan 'hot shower'.


Kolam mandi yang terletak di tepi kanan halaman rumah

Selain daripada itu terdapat juga 3 buah kolam mandi untuk anda yang suka mandi di kolam. Bagi yang suka memancing pula terdapat 8 buah kolam ikan dalam kawasan penginapan ini. Pihak pengurusan penginapan ada menyediakan joran dan umpan jika anda ingin memancing. Hasil tangkapan pula boleh anda beli pada harga berpatutan.


Budak-budak seronok memancing...terdapat juga
laluan refleksiologi di antara kolam ikan


Terdapat juga pondok-pondok rehat dan kawasan tempat memanggang di kawasan penginapan ini. Pondoknya pula didirikan di atas anak sungai yang mengalir...jadi semasa anda berehat anda akan dapat mendengar bunyi aliran air sungai yang sungguh menenangkan.




Cikgu Yus tenang menyemak kertas peperiksaan...

Sebuah surau juga ada disediakan oleh pihak pengurusan dan surau ini juga didirikan di atas anak sungai...pastinya memberikan ketenangan kepada kita semasa menghadap yang maha esa...


Surau berhampiran taman


Percutian kali ini digunakan sepenuhnya oleh anak-anak untuk belajar berenang dan memancing ikan sahaja...


Hasil tangkapan yang sedang dipanggang



Roy dan Zainal sedang memanggang ikan...

Ahhhh....cukup dulu untuk kali ini...lain kali sambung lagi, besar kemungkinan akan ke sini lagi sebab anak-anak masih juga belum pandai berenang....hihihi

PERCUTIAN DI KUNDASANG

Kundasang merupakan satu tempat yang paling kami sekeluarga gemari. Ini adalah kerana suasana sejuknya dengan keindahan alam sekitar amat menyenangkan. Kadanag-kadang bila cuaca terlalu panas di Kota Marudu kami pasti terbayang bertapa syoknya kalau berada di Kundasang....

Walaupun kami kerap bercuti di Kundasang tetapi sebenarnya ada banyak tempat-tempat menarik yang belum kami terokai. Oleh kerana itu kami sering berkunjung ke sini untuk melawat beberapa tempat yang belum sempat kami lawati.

Bergambar di depan resort

Kali ini kami membuat keputusan untuk bercuti dan menginap di Pine Resort, Kundasang. Penginapan di sini adalah pada kadar RM280 semalam untuk sebuah bilik. Saiz bilik juga agak luas jadi tidak ada masalah jika anda ingin tambah 'extra bed' dengan bayaran RM30 sebuah untuk semalam.Biliknya dilengkapi dengan king bed size, bilik mandi, tv dan sebuah balkoni yang sangat luas menghadap arah gunung Kinabalu. Jadi jika ingin menikmati pemandangan gunung Kinabalu bolehlah duduk lepak di balkoni sambil minum2 kopi...hihihi.
salah satu tempat lepak yang disediakan berlatar belakangkan gunung Kinabalu, bagi yang belum pernah ke sini boleh "kelentong" konon berada di luar negara...hahaha





Roy terduduk kepenatan...

Landskap di Pine Resort ni juga sangat cantik, terdapat taman permainan untuk kanak2, mini zoo dan taman orkid di sini. Selain daripada itu sebuah restoran turut disediakan dalam kawasan resort ini.....Keadaan struktur tanahnya berbukit jadi kalau jalan2 di sekitar resort kenalah ada stamina dan nafas yang kuat...takut pula keluar ampus...hahaha. Kepada yang ada penyakit asma tu jangan lupa bawa ubat sebab selain dari struktur tanah yang berbukit, resort ini juga terletak di pangkal kaki gunung Kinabalu.. oleh itu sudah semestinya suhu agak sejuk terutama pada waktu malam.

Taman permainan untuk kanak-kanan ....hahaha si Ikin, kaka, Nurul dan Ipan yang terlebih umur pun main di sini....Ikin cakap rugi kalau tidak guna semua kemudahan....



Minum petang di balkoni sambil menghirup udara segar dan sejuk berlatarkan gunung Kinabalu





Suasana malam yang semakin sejuk....

Jika anda sukakan suasana sejuk, bolehlah berjalan-jalan ke Mesilau. Terdapat sebuah kawasan yang diletakkan dalam jagaan Taman2 Sabah "Mesilau National Park" yang masih terletak dalam daerah Kundasang. Di sini suasananya sangat sejuk dan rupa tumbuhannya juga semakin berubah. Pokok-pokoknya bertambah rendah dan berubah warna..

Kak Rose- gambar diambil di Mesilau


Pasangan romantik- Zainal & Farezah

Suasana malam di Pine Resort sungguh cantik sekali. Sekitar resort dihiasi dengan lampu-lampu kerana kebetulan malam itu adalah malam krismas.... Kami pun buang masa berjalan-jalan menghirup udara malam di sekitar taman...

Bergambar di depan restoran The Pines


Antara pokok yang dihias cantik dengan lampu warna-warni

Keesokan harinya selepas bersarapan kami bersiar-siar di "War Memorial Park" Kundasang. Taman ini merupakan satu tempat yang bersejarah. War Memorial ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang mati di Sandakan.

Dibina pada 1962, taman ini memperingati perjalanan maut ke Ranau dan memperingati rakyat tempatan yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan tahanan perang tersebut. Ya la dulu-dulu sinikan hutan....


Kak Rose, Iyai, Charles & Zainal

Memorial ini terbahagi kepada empat bahagian, dan setiap bahagian mempunyai keunikannya sendiri. Taman ini juga dihiasi dengan pelbagai spesies bunga dan jangan ketinggalan untuk merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan dengan berlatar belakangkan gunung.


Di tepi jalan di Kundasang ini ada banyak gerai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Jadi sebelum pulang ke Kota Marudu kami mengambil kesempatan membeli sayur-sayuran dan buah-buah di sini...tapi anda harus berhati-hati kerana ada sesetengah sayuran yang dijual di sini harganya lebih mahal berbanding di tempat lain....Ok setakat ini dulu cerita 'jalan-jalan' kali ini....ada kesempatan dan ada $ pasti akan jalan-jalan lagi....