Tuesday, November 30, 2010

TELUPID - Ben makan belanja...Part 1

Tau apa maksud "makan belanja"? kalau orang sabah rata2 tau apa maksudnya tu tapi bagi generasi muda mungkin kurang tahu...

Makan belanja tu sebenarnya makan ramai-ramai yang diadakan untuk pasangan yang sudah berkahwin tetapi belum diraikan semasa mereka berkahwin dulu..."kawin dulu, ramai2 kemudian ba..." hehehe

Ok..kali ini kami ke Telupid sempena meraihkan hari "makan belanja" si Ben & Deborah. Ben ni adalah anak saudaraku dari sebelah suami. Kali ni kami bergerak secara konvoi dalam rombongan yang besar iaitu Charles & family,Bro Jilid & family, Bro Zainal & family, Bro Herman & family, Kak Rosnah & family, Sufian & family dan tidak ketinggalan Iyai.

Perjalanan kami bermula dari Kg. Damai seawal jam 7.30 pagi...kami bertolak awal kerana jarak ke Telupid ni agak jauh juga, lagipun kami bercadang untuk jalan perlahan-lahan. Kami melalui jalan Paitan kerana laluan di sini sudah selesai diturap.

30 minit dalam perjalanan kami berhenti sebentar di pekan Pitas untuk mengisi minyak, budak2 perempuan pula ada yang ke tandas..


Berhenti sebentar di Pekan Pitas

Selesai mengisi minyak kami meneruskan perjalanan dengan perlahan-lahan dan hanya berhenti di Pekan Kg. Kanibungan Pitas. Tujuan berhenti di sini hanyalah untuk memerhati keadaan pekan ini kerana ini merupakan kali pertama bagi kami sampai di sini...kecuali charles saja la, dia sudah pernah sampai di sini dengan kawan2nya time dia kuat g memburu & outing...



Deretan kedai yang terdapat di Pekan Kg. Kinabungan...kalau anda perhatikan tulisan di kedai tu berbunyi "Pemborong Rokoi-Rokoi, membeli dan menjual hasil laut dan sayur-sayuran"


Pian sambil menunjuk kepada sebaris kedai yang terdapat di Kg. Kinabungan Pitas

Selepas berehat seketika kami meneruskan perjalanan lagi...kali ini kami melalui kawasan perkampungan dan estet kelapa sawit..nampaknya tiada lagi pekan yang kami temui..jadi terpaksalah melepas di hutan saja bagi yang mo kencing...lelaki ja la yang dapat melepas...bagi yang perempuan 'tahan2 la dulu...'hihihi

Si Komeng pura2 becerita ma si atie...padahal dia mo g hutan...hahaha

Selesai 'membuang' dan 'menyigup' kami meneruskan lagi perjalanan... menjelang tengahari kami berhenti rehat di Pejabat Perhutanan Sapi Nangoh. Kebetulan pegawai yang berada di pejabat Perhutanan itu seorang yang sangat baik. Dia membenarkan kami berehat dan makan di situ. "Terima kasih Banyak2". Peluang itu kami gunakan untuk makan, baring2 sekejap dan membuang di tandas...


Rombongan konvoi sampai di Pejabat Perhutanan Sapi Nangoh


Baru sampai...masih lagi kepenatan, masa ni dorang parking jauh2...takut nanti tidak boleh tumpang di Pejabat Perhutanan tu....


Charles minta izin tumpang rehat dengan pegawai perhutanan...


siap-siap mo makan tengahari, kelihatan bro Herman mengusik budak2
yang masih mabuk dan kepenatan
......

Kami meneruskan lagi perjalanan kami tanpa henti. Kami akhirnya sampai ke destinasi iaitu rumah kakak Elnie di Telupid. Riuh-rendah suasana bila semua sudah berkumpul, mana tidaknya semua adik beradik Charles ada...seronoknya tengok mereka semua. Paling seronok bila tengok ahli baru dalam keluarga..Baby Alfa Emmanuel tu la nama anak Ben & Deborah...Tahniah untuk keduanya kerana sudah jadi parent...hihihi


walaupun dlm perjalanan budak2 ni mabuk dan penat tapi
bila sudah berkumpul semua jadi cergas dan happy...





Ben, Deborah & Baby Alfa...gambar tidak jelas
sebab Ijan curi2 rakam dari jauh ja...hihi



Ben...daddy baru...baru ko tau susah pula jadi daddy...hihihi
kesian Ben kena usik oleh uncle2 & cousin2nya



Charles & bro Masmil berbual di kaki lima....


Jiah, bro Jilid, Kak Rose, bro Masmil & Charles berbual
sambil memerhatikan budak2 memancing di kolam di depan rumah...



Pian dengan hasil tangkapannya....bangga ni, KEJAYAAN
sb dia orang pertama yang dapat ikan...wahhhh


Malam tu selepas makan malam beramai-ramai acara kemuncak bermula....ahhhh acara ni memang ditunggu-tunggu sebab mo buat kejutan terutama pada kak Elnie dan bro Masmil. Dorang ni taat agama dan sangat tidak suka aktiviti minum2...hihihi jadi malam tu kami buat kejutan bawa 'aramaiti'....tak percaya, tgok la gambar minuman di bawah...siap dengan gelas wine lagi kami bawa ni...




bro Masmil paling spoting...'boleh juga ba sekali sekala' dia bilang...hahaha tapi kakak Elnie tidak terus minum...dia cium2 dulu baru dia minum...tiba2 dia cakap 'manis!'....hahaha


Iyai pun kena paksa minum...'mulau..mogorotan ko' lang iyai....
hihi nakal juga anak2 iyai ni...akhirnya iyai minum juga....



Wahhh...mengikut pengamatan saya...inilah pasangan paling romantik pada malam tu...bro Herman & isteri tersayang...'bekulut' ba tu tangan dorang masa minum....hahaha


kemudian acara minum beramai-ramai pula...
uik ada pula orang bertudung pun minum? hahaha


Jangan salah-sangka ya...sebenarnya yang kami minum tu air buah...macam rebina saja pun...tapi saja buat gempak...mula2 kak Elnie & bro Masmil ingat betul2 wine tapi bila sudah diminum barulah tau rasanya...rupanya cuma air buah...hahaha...kesian Iyai..suspen ja kan Iyai...hihihi...tapi saya tengok semua orang dari yang kecil sampai yang tua happy...

Sempat lagi bro Herman berlakon pura2 mabuk dan paksa Jumat minum masa dorang baru sampai...naaaa kena cubit pinggang si Jumat ba oleh si Mazni...jangan minum lang si Mazni...hahaha.

Selesai bergembira kami pun mula potong daging dan ayam yang mo dimasak untuk majlis esok...walaupun kami baru sampai petang tadi tapi penat langsung tidak dirasa kerana terlalu gembira...biasalah kalau sudah berkumpul ramai-ramai penat, mengantuk pun hilang....ok la saya stop dulu setakat ini...nanti saya sambung lagi part 2 lain hari...penat juga mengarang cerita ni...hihihi


memotong daging untuk acara esok...

Sunday, November 28, 2010

PERCUTIAN DI SG.BIRU, RANAU

Pernahkah anda ke Sg. Biru?

Kali ini kami sekeluarga pergi bercuti merehatkan badan dan minda di Sg. Biru pula. Sg. Biru terletak di Kg. Lohan dalam daerah Ranau. Lokasinya agak terlindung kerana anda perlu melalui jalan masuk lebih kurang 500meter dari jalan besar.
Pandangan sisi rumah berkembar

Dapur dengan peralatan yang lengkap

Terdapat 2 buah rumah berkembar untuk disewa pada kadar RM250 sebuah untuk semalam. Setiap rumah pula dilengkapi dengan sebuah bilik tidur berhawa dingin yang sangat luas,tv, ruang tamu, dapur lengkap dengan peralatan memasak dan bilik mandi dengan 'hot shower'.


Kolam mandi yang terletak di tepi kanan halaman rumah

Selain daripada itu terdapat juga 3 buah kolam mandi untuk anda yang suka mandi di kolam. Bagi yang suka memancing pula terdapat 8 buah kolam ikan dalam kawasan penginapan ini. Pihak pengurusan penginapan ada menyediakan joran dan umpan jika anda ingin memancing. Hasil tangkapan pula boleh anda beli pada harga berpatutan.


Budak-budak seronok memancing...terdapat juga
laluan refleksiologi di antara kolam ikan


Terdapat juga pondok-pondok rehat dan kawasan tempat memanggang di kawasan penginapan ini. Pondoknya pula didirikan di atas anak sungai yang mengalir...jadi semasa anda berehat anda akan dapat mendengar bunyi aliran air sungai yang sungguh menenangkan.




Cikgu Yus tenang menyemak kertas peperiksaan...

Sebuah surau juga ada disediakan oleh pihak pengurusan dan surau ini juga didirikan di atas anak sungai...pastinya memberikan ketenangan kepada kita semasa menghadap yang maha esa...


Surau berhampiran taman


Percutian kali ini digunakan sepenuhnya oleh anak-anak untuk belajar berenang dan memancing ikan sahaja...


Hasil tangkapan yang sedang dipanggang



Roy dan Zainal sedang memanggang ikan...

Ahhhh....cukup dulu untuk kali ini...lain kali sambung lagi, besar kemungkinan akan ke sini lagi sebab anak-anak masih juga belum pandai berenang....hihihi

PERCUTIAN DI KUNDASANG

Kundasang merupakan satu tempat yang paling kami sekeluarga gemari. Ini adalah kerana suasana sejuknya dengan keindahan alam sekitar amat menyenangkan. Kadanag-kadang bila cuaca terlalu panas di Kota Marudu kami pasti terbayang bertapa syoknya kalau berada di Kundasang....

Walaupun kami kerap bercuti di Kundasang tetapi sebenarnya ada banyak tempat-tempat menarik yang belum kami terokai. Oleh kerana itu kami sering berkunjung ke sini untuk melawat beberapa tempat yang belum sempat kami lawati.

Bergambar di depan resort

Kali ini kami membuat keputusan untuk bercuti dan menginap di Pine Resort, Kundasang. Penginapan di sini adalah pada kadar RM280 semalam untuk sebuah bilik. Saiz bilik juga agak luas jadi tidak ada masalah jika anda ingin tambah 'extra bed' dengan bayaran RM30 sebuah untuk semalam.Biliknya dilengkapi dengan king bed size, bilik mandi, tv dan sebuah balkoni yang sangat luas menghadap arah gunung Kinabalu. Jadi jika ingin menikmati pemandangan gunung Kinabalu bolehlah duduk lepak di balkoni sambil minum2 kopi...hihihi.
salah satu tempat lepak yang disediakan berlatar belakangkan gunung Kinabalu, bagi yang belum pernah ke sini boleh "kelentong" konon berada di luar negara...hahaha





Roy terduduk kepenatan...

Landskap di Pine Resort ni juga sangat cantik, terdapat taman permainan untuk kanak2, mini zoo dan taman orkid di sini. Selain daripada itu sebuah restoran turut disediakan dalam kawasan resort ini.....Keadaan struktur tanahnya berbukit jadi kalau jalan2 di sekitar resort kenalah ada stamina dan nafas yang kuat...takut pula keluar ampus...hahaha. Kepada yang ada penyakit asma tu jangan lupa bawa ubat sebab selain dari struktur tanah yang berbukit, resort ini juga terletak di pangkal kaki gunung Kinabalu.. oleh itu sudah semestinya suhu agak sejuk terutama pada waktu malam.

Taman permainan untuk kanak-kanan ....hahaha si Ikin, kaka, Nurul dan Ipan yang terlebih umur pun main di sini....Ikin cakap rugi kalau tidak guna semua kemudahan....



Minum petang di balkoni sambil menghirup udara segar dan sejuk berlatarkan gunung Kinabalu





Suasana malam yang semakin sejuk....

Jika anda sukakan suasana sejuk, bolehlah berjalan-jalan ke Mesilau. Terdapat sebuah kawasan yang diletakkan dalam jagaan Taman2 Sabah "Mesilau National Park" yang masih terletak dalam daerah Kundasang. Di sini suasananya sangat sejuk dan rupa tumbuhannya juga semakin berubah. Pokok-pokoknya bertambah rendah dan berubah warna..

Kak Rose- gambar diambil di Mesilau


Pasangan romantik- Zainal & Farezah

Suasana malam di Pine Resort sungguh cantik sekali. Sekitar resort dihiasi dengan lampu-lampu kerana kebetulan malam itu adalah malam krismas.... Kami pun buang masa berjalan-jalan menghirup udara malam di sekitar taman...

Bergambar di depan restoran The Pines


Antara pokok yang dihias cantik dengan lampu warna-warni

Keesokan harinya selepas bersarapan kami bersiar-siar di "War Memorial Park" Kundasang. Taman ini merupakan satu tempat yang bersejarah. War Memorial ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua yang mati di Sandakan.

Dibina pada 1962, taman ini memperingati perjalanan maut ke Ranau dan memperingati rakyat tempatan yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan tahanan perang tersebut. Ya la dulu-dulu sinikan hutan....


Kak Rose, Iyai, Charles & Zainal

Memorial ini terbahagi kepada empat bahagian, dan setiap bahagian mempunyai keunikannya sendiri. Taman ini juga dihiasi dengan pelbagai spesies bunga dan jangan ketinggalan untuk merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan dengan berlatar belakangkan gunung.


Di tepi jalan di Kundasang ini ada banyak gerai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Jadi sebelum pulang ke Kota Marudu kami mengambil kesempatan membeli sayur-sayuran dan buah-buah di sini...tapi anda harus berhati-hati kerana ada sesetengah sayuran yang dijual di sini harganya lebih mahal berbanding di tempat lain....Ok setakat ini dulu cerita 'jalan-jalan' kali ini....ada kesempatan dan ada $ pasti akan jalan-jalan lagi....

Saturday, November 27, 2010

KRISMAS DI TELUPID

Kali ini kisah perjalanan kami ke Telupid pula... keluarga saya, keluarga abang ipar saya Zainal dan kakak ipar saya Rosnah serta ibu mertua saya ke Telupid untuk merayakan sambutan Hari Krismas di rumah kakak ipar saya Elnie.

Perjalanan kami mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke Pekan Nabalu. Di sini kami berhenti rehat, makan dan ke tandas sebelum meneruskan perjalanan ke Telupid.
Jam 3 petang baru kami sampai di rumah kakak Elnie..agak lambat kerana kami terpaksa berhenti beberapa kali sebab ada yang mabuk dan termuntah.


Charles dan Ipan di atas menara di Pekan Nabalu





Biasalah bila lama tidak berjumpa semua sibuk bercerita, macam-macam cerita keluar...dari kisah semasa kecil hinggalah sekarang.


Ibu2 bercerita, sumandak-sumandak pula sibuk memasak di dapur sementara tanak wagu mandi di sungai yang terletak di belakang rumah...


Keesokkan harinya kami jalan-jalan di pekan Telupid pula..Telupid adalah sebuah pekan kecil yang terletak dalam daerah Beluran Sandakan.

Dari kanan: Farizah, Rosnah, Elnie dan budak di belakang yang buat 'peace' tu si wawa dengan aiskrimnya

hahaha...budak2 makan aiskrim

Pada sebelah petang pula kami hanya berjalan-jalan di kebun kerana menurut Charles sudah lama dia tidak ke kebun kakaknya itu. Rancangan untuk mandi di air terjun terpaksa kami batalkan kerana menjelang petang hujan turun dan perjalanan ke air terjun agak licin dan membahayakan.


Malam itu kami beramai-ramai membuat kuih "kaw Chung" sejenis kuih yang diperbuat daripada beras pulut berintikan kacang tanah dan dibungkus menggunakan daun pandan. Kuih yang telah dibungkus akan direbus sehingga masak...sodappp ni..

Keesokan harinya adalah saat yang paling menyedihkan kerana kami akan pulang ke Kota Marudu...seperti biasa adegan berpelukan dan menitiskan air mata pun terjadi...part yang paling menyedihkan...apa2 pun janganlah bersedih, ada kesempatan pasti kami akan datang lagi...bye