Kami bertolak awal dari rumah..dalam perjalanan terjumpa kereta angkat penumpang ni..kami panggil "pick up" hihi..teringat masa kecil2 dulu kalau naik "pick up" perlu tepuk badan keta kalau mau turun atau berhenti...hihi
kami sampai di Simpang Mengayau pada waktu tengahari...terlihat beberapa pelancong berkhemah di tepi pantai..
Tip Of Borneo Resort @ Tommy's Place
Kami check in di Lodge ini..nama Lodge ni Tip Of Borneo Resort atau dikenali juga dengan nama Tommy's Place. Terdapat dua jenis bilik di Lodge ni iaitu twin bed room dengan kadar sewa rm130 semalam dan triple room (1 double bed + 1 single bed) pada kadar sewa rm180 semalam. yang bestnya ada breakfast free dan wifi free. Soal makan jangan risau..saya ada bertanya dan restoran di Lodge ni halal..kata pekerjanya laaa..Kalau berminat untuk stay di sini boleh hubungi no tel ni 0135583597.
dihujung jalan ni ada sebuah globe yg besar
Selepas check in, kami jalan2 di sekitar kawasan menikmati keindahan alam dengan udara laut yang segar..
terjumpa kelapa terbesar di dunia ni dekat dengan restoran..hihi replika kelapa ja
pasir di pantai ni sangat bersih..
lepas tu mandi manda walaupun ombak agak besar masa ni...mandi di tepi2 ja la
menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sangat indah..
sunset view from different angle..
Pada masa sekarang ni ada beberapa chalet sedang dalam pembinaan.. chalet dalam gambar ni pula sudah boleh disewa. Nama chalet ni BorneoTip Beach Lodge. kadar sewa dari rm 150 - 240 semalam. Ni no tel untuk tempahan bilik 0168170163.BorneoTip Beach Lodge
kalau suka boleh juga BBQ di sini..
awal pagi lagi budak2 ni sudah main di pantai..
kalau tidak suka solat di bilik penginapan, boleh juga solat di sini..surau disediakan..
ni dia globe yang besar tu..
rumah api berhampiran tip of borneo..
pemandangan ni hanya dapat dilihat bila berada betul2 di tip tu..ada amaran tu tidak boleh g sini..hihi sapa2 yg g juga sebarang masalah tanggung sendiri ya...
gambar tebing diambi dari dekat..mcm muka orang..kawan yg di gua niah sarawak tu..hihi
ni tebing yang perlu dipanjat dan dituruni kalau mo g tip yg sebenar benarnya..sekali lagi sebarang masalah tanggungan sendiri sb sudah ada tanda amaran tidak boleh ke kawasan ini..
Macam2 aktiviti boleh dijalankan di sini..antaranya kayaking, diving, lepaking...hihi, jogging, bbq dan boleh juga sewa basikal untuk bersiar2...terdapat juga penginapan rumah panjang di kawasan tepi pantai ini bagi yang ingin mencuba..
6 comments:
cantik2 ooo ni gambar.. salute la.. terbaik! jeles ni sa pun mo pigi juga ni nanti... siap sudah tu kelapa.. hijau sudah.. hehehe...
Saya ingin ke sana juga..bleh bagi advise?
saya dr kundasang..travel by car..
mudah tak perjalana ke kudta dr kundsang? ada signboard tak?
-maniss>traveller dr semenanjung-
ba Mu Rong...capat la ba ko balik sabah...bl kita jalan2 sini simpang mengayau..
hai Manis...senang saja kalau mo ke simpang mengayau...ada signboard juga...jalan pun sudah bertar ;-)
Boleh berkemah di tepi pantai kah 2??kalau boleh kena sewa atau free..
ok ....good info tks
Post a Comment