Kali ini kami sekeluarga pergi bercuti merehatkan badan dan minda di Sg. Biru pula. Sg. Biru terletak di Kg. Lohan dalam daerah Ranau. Lokasinya agak terlindung kerana anda perlu melalui jalan masuk lebih kurang 500meter dari jalan besar.
Pandangan sisi rumah berkembar
Dapur dengan peralatan yang lengkap
Terdapat 2 buah rumah berkembar untuk disewa pada kadar RM250 sebuah untuk semalam. Setiap rumah pula dilengkapi dengan sebuah bilik tidur berhawa dingin yang sangat luas,tv, ruang tamu, dapur lengkap dengan peralatan memasak dan bilik mandi dengan 'hot shower'.Kolam mandi yang terletak di tepi kanan halaman rumah
Selain daripada itu terdapat juga 3 buah kolam mandi untuk anda yang suka mandi di kolam. Bagi yang suka memancing pula terdapat 8 buah kolam ikan dalam kawasan penginapan ini. Pihak pengurusan penginapan ada menyediakan joran dan umpan jika anda ingin memancing. Hasil tangkapan pula boleh anda beli pada harga berpatutan.Budak-budak seronok memancing...terdapat juga
laluan refleksiologi di antara kolam ikan
Terdapat juga pondok-pondok rehat dan kawasan tempat memanggang di kawasan penginapan ini. Pondoknya pula didirikan di atas anak sungai yang mengalir...jadi semasa anda berehat anda akan dapat mendengar bunyi aliran air sungai yang sungguh menenangkan.laluan refleksiologi di antara kolam ikan
Cikgu Yus tenang menyemak kertas peperiksaan...
Sebuah surau juga ada disediakan oleh pihak pengurusan dan surau ini juga didirikan di atas anak sungai...pastinya memberikan ketenangan kepada kita semasa menghadap yang maha esa...Surau berhampiran taman
Percutian kali ini digunakan sepenuhnya oleh anak-anak untuk belajar berenang dan memancing ikan sahaja...
Hasil tangkapan yang sedang dipanggang
Roy dan Zainal sedang memanggang ikan...
Ahhhh....cukup dulu untuk kali ini...lain kali sambung lagi, besar kemungkinan akan ke sini lagi sebab anak-anak masih juga belum pandai berenang....hihihi
3 comments:
aku mau ikut
hehe...boleh bahhh...
Ikan darat atau ikan laut?
Post a Comment