Thursday, February 5, 2009

PERJUMPAAN KELUARGA DI BOMBONG 4 Part 1



( Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah saudara Loumir Birula )

Hari ni saya mo kongsi pengalaman menarik semasa perjumpaan keluarga sebelah suami saya. Perjumpaan ini telah diadakan pada 30-31hb December 2008 yang lalu bertempat di rumah saudara Loumir Birula (anak saudara suami). Perjumpaan ini dihadiri oleh hampir semua ahli keluarga sebelah ibu mertua saya.

Pada 30hb December saya dan keluarga, abg ipar saya Jilid, Zainal, Herman dan kakak ipar saya Rosnah bersama dengan keluarga masing-masing bertolak dari kg.Damai dengan menaiki kereta pacuan 4 roda. Tidak ketinggalan ibu mertua saya yang saya panggil iyai. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1jam 30 minit. Walaupun destinasi yang kami tuju itu tidak terlalu jauh namun laluannya amat sukar kerana jalanraya menuju ke Bombong 4 ini agak curam dan tidak bertar. emmmm... cemas juga saya bila ada dua tempat kami terpaksa menggunakan 'low gear' untuk mendaki bukit...tapi semuanya berjaya dilalui.

Kami sampai di rumah Loumir hampir jam 12 tengahari. Semasa kami sampai sudah ramai saudara-mara iyai berkumpul menyambut kami. Selepas bersalam-salaman kami pun makan tengahari beramai-ramai. Wahh best juga makan nasi di daun, nasi ni dipanggil 'linopot'. Ini merupakan perkara baru bagi anak-anak kami. Saya gembira melihat anak-anak kami dapat menyesuaikan diri di sini.


( ramai-ramai makan 'linopot' )

Selepas menjamu selera, kami dihiburkan dengan paluan muzik tradisional...dorang main gong dan kulintangan ba...apa lagi kami pun mengigol la walaupun ndak juga pandai...anak-anak kami pun berabis juga mencuba tarian ini. Suasana sungguh meriah macam pula ada orang kahwin.

(mengigol beramai-ramai....kelihatan Charles & Jilid sedang menari....ok juga ka dorang menari?)



(Loumir dan Charles mengigol berlatar belakangkan pemandangan Teluk Marudu)

( Ilan, Ebi dan Fandi sedang memanggang ayam....)

Menjelang petang saya, biras2 saya dan anak-anak kami pergi mandi di satu sungai kecil. Cantik sungai ni macam ada air terjun kecil dan airnya sangat jernih tapi punyalah sejuk tu air macam air yang dari peti sejuk saja. Dorang panggil sungai ni 'wasoi'. Nantilah saya uploadkan gambar sungai ni, sekarang tidak dapat upload sebab telampau ndak bagus network ni...
Lepas mandi kami berkumpul semula di rumah saudara Loumir. Kabus pun mulai datang dan hari pun semakin sejuk...macam di kundasang pula rasanya di sini.



Teluk Marudu jelas kelihatan dari halaman rumah saudara Loumir

( Kelihatan kabus mulai turun diwaktu petang...)


Ingatkan malam ni kami cuma duduk becerita tapi rupa-rupanya ada pula dorang sedia set karaoke...sebenarnya di bombong 4 ni tiada bekalan elektrik tapi di rumah saudara Loumir ni ada sebab dia pakai generator...macam waktu kami kecil-kecil di Tandek...Baaa bila kedengaran bunyi-bunyi muzik ni apa lagi bertambah ramailah saudara-mara yang datang. Berabis dorang menari dan menyanyi. Pendek kata siuk la ba...Hehehe kami termasuk aku pun ikut juga menari...hahaha aku hantam ja la ndak tau apa punya tarian, mangkali macam Mahmud Jun tu dalam wayang P.Ramlee....Seperti kebiasaannya mesti juga ada minum-minum singarung la...hehe biasa la ba tu tapi saya faham juga dan kami semua pun buat biasa saja. Nasib juga ndak juga dorang telampau berabis la...Pesta malam tu berakhir pada jam 12 malam. Kami tidur beramai-ramai di ruang tamu rumah saudara Loumir tapi saya dan 2 orang anak lagi tidur dalam khemah di halaman rumah...hehehe sekali pagi sudah baru dorang sadar kami berkhemah...apa lagi dorang bilang indak asi sebab kami berkemah...hahaha. Pagi-pagi di Bombong 4 punyalah sejuk...begagar dan ndak sudah kami sanggup mandi pagi...
Emmm terpaksa stop dulu lah ada suda kerja ni mo dibuat... nanti la disambung lagi ni cerita ki...

15 comments:

Cherry Sansita de Falconi said...

mana gambar?

AragangTandik said...

Wow, cantek tempat ni, kak pun pernah juga pigi Samparita pada tahun 1968 - ikut Arawah NiniN Unggut. Memang sejuk air disana. Bestlah dapat kumpul semula semua keluarga - maklumlah banyak yang sudah nda bekenalan.

NONG said...

Memang cantik pemandangan dlm gambar tu..Bila la saya ada peluang mau jumpa dengan semua keluarga sebelah Kee ni. Sya paling biasa sama c Otok ja.\ sebab selalu jumpa.C Feah,da bertahun tak jumpa.

Anonymous said...

biasa jg sia dengar ni kampung bombong 4. sebelah mana aa??? inda pasti pula tp hero sia thn lepas ada pigi sana kg lingkabungan. sana pun buleh nampak teluk marudu jg. cantik dan sejuk o tempat tu. teringin mo pigi sana tp blm ada kesempatan.

ILLIE said...

dulu2 sia pun salalu juga pigi bombong 4..jalan kaki sija dari Tingkalanon..ramai juga kerabat2 sia di bombong 4 ni..sabap nenek perempuan sia (mama bapa sia) berasal dari area sini..maka inda heran dari samparita..bombong 1..bombong 2..bombong 3 dan bombong 4 ramai butul waris2 sia..hehehe

Aiso said...

kalu ada trip lagi kamurang naik sanan aku mau ikut. biar aku sama si lan la satu geng hahahaha. kalu sana buli ka aku join moninggarung sikit2? kekekeke... mingkaso ja bah. kalu lambat lagi trip kamu p sana aku pigi sendiri la. aku bawa kemah ja.

FaMulan Kee said...

hehehe... ada lagi nanti bulan mei. Ba jan ko susa aiso tatap ja ko akan disound kalau mo jalan nanti...jan ko cuba2 moninggarung ki nanti ko mangampai teminum tapai ubi c aman....hehehe

FaMulan Kee said...

Bombong 4 ni limpas kg. samparita lagi bo....tapi lain simpang suda kalau sampai suda di samparita...

ILLIE said...

Aiso..jangan lupa bawa gitar..pandai2 nyanyi tu urang2 sana bombong 4

Aiso said...

hahaha... ko inda mo join ka illie. ko nyanyi tu lagu oluwau tali pinggang

ILLIE said...

kehoiiii!!...rindu pula sia sama singarung ubi kayu si modiun

FaMulan Kee said...

Aiiii Illie....ko tarai dulu tu singarung ubi kayu si aman bo...itu baru power...hahaha, pangalaman butul si aman buat tu sabab itulah minuman harian dia wo...

ILLIE said...

Famulan..sana susah bah mau pilih singarung siapa yang numbur 1..sabap ramuan dia sama sija..mangkali 1 sija cara dia..singarung siapa yg. paling lama di buat..dia laitu numbur 1..pasal apa..kalu ubi kayu ni..lagi lama..lagi bisa rasa dia..jangan lah tarai2 pigi tius 1 kick..mimang bacakap sama dinding laitu jawapannya..hahahha

FaMulan Kee said...

Mimang butul cakapan ko ni Ellie...pangalaman juga ko pasal singarung yang power ni...butul2 ba diorang tebecakap sama dinding...hahaha

Lebon Botong said...

siuk oooo kamu ....d bombong 4