Tuesday, January 27, 2009

Rawatan rambut semulajadi

Betul atau tidak, sesuatu yang mahal itu tidak semestinya baik dan yang murah tu belum tentu lagi tidak baik? Malah ada yang free terdapat di sekitar rumah yang amat baik dan terbukti berkesan....

Tengok ja rambut iyai, walaupun usia uda senja tapi rambutnya masih hitam pekat, langsung tidak kelihatan uban...Berbeza sekali dengan aku, sejak diusia awal 30an aku sudah mula menyuruh anak mencabut uban yang mulai kelihatan dicelah-celah rambut hitamku... tidak saja mula beruban tapi kelemumur juga makin bertambah.

Macam2 syampoo sudah diguna tapi masalah tetap sama, akhirnya aku mencuba cara lama...ni pun selepas mendengar celoteh muridku yang baru di tahun 2. Rambutnya panjang dan lebat hingga ke paras pinggang, lurus dan hitam pekat. Bila ku tanya apa rahsianya sikecil menjawab....

Izza : saya cuci pakai limau nipis sama santan kelapa.
FaMulan : Dari mana Izza belajar buat begitu?
Izza : saya tengok di TV

Kagum dan malu pun ada bila dengar anak kecil cakap pasal penjagaan rambut...hehe akupun buatlah kajian dan rupanya banyak lagi cara semulajadi untuk merawat rambut, antaranya:

Daun Bunga Raya

ramas daun bunga raya dalam bekas berisi air hingga daun mengeluarkan lendir, lendir tu sapu ke rambut dan kulit kepala, biarkan seketika kemudian cuci seperti biasa. Hasilnya rambut akan lebih lebat, ikal dan sihat.

Limau Nipis

Belah buah limau kemudian perah patinya ke rambut dan kulit kepala. setelah itu cuci rambut seperti biasa. Hasilnya kelemumur akan hilang, rambut wangi dan kulit kepala lebih segar. Boleh juga mengurangkan masalah pening dan migran.

Daun Lidah Buaya

Potong daun lidah buaya kemudian ramas rambut dengan lendirnya, biarkan seketika kemudian cuci seperti biasa. Hasilnya rambut jadi lebat dan bersinar.

Santan Kelapa

Lumurkan pati santan ke kepala, bungkus dan biarkan seketika, cuci seperti biasa. Amalkan sekali seminggu. Hasilnya rambut yang nipis akan jadi tebal, lebih hitam dan berkilau.

Naaaa...murahkan, jadi bolehlah dicuba petua ini

Happy Chinese New Year



Salam semua, rasanya masih belum terlambat mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina untuk semuakan? hari ni baru hari ke 2... Kawan di Kuala Penyu jemput datang tapi minta maaflah banyak2 sebab keadaan cuaca yang asyik hujan ni menghalang perjalanan. Apa pun semoga tahun baru kali ini membawa banyak kebaikan dan kejayaan dalam hidup kita.
Tahun ni adalah tahun lembu, orang cakap di tahun lembu kita kena kuat bekerja...wahhh
Harap2 semua orang akan rajin mandi di tahun lembu ini selain dari kuat amat bekerja....