Hari tu seperti biasa aku duduk makan di kantin...tiba2 kwn bawa naik Gunung Kinabalu ramai2... Mula2 tu aku ndak yakin mo ikut mendaki sebab tarikh yg dirancang untuk mendaki cuma 2 minggu dari hari ni..
Sampai rumah aku ubah fikiran pula...terfikir mo sambut "Birthday yang ke 42" di puncak gunung...hihi..aku bagitau suami hasrat mo sambut bday tu dan dia terkejut...hihi soalannya :- Bolehkah ? masa tinggal sebulan..training pun belum..mesti fit kalau mo nek gunung...hahaha ya la dia sudah 3 kali mendaki jadi dia taulah tahap kepayahan mendaki tu dengan kekuatanku yg tidak seberapa...ditambah pula aku ni ada "ampus @ asthma"...tapi masa tu semangatku mo sambut bday di puncak sudah meluap-luap jd aku dengan kompidennya jawab "ok baaa"...
seminggu sebelum tarikh mendaki aku tiba2 kencing darah pula...cek punya cek rupanya aku kena "batu karang" yg sgt banyak..tp doktor cakap kita kira yg besar saja...semuanya ada 6 biji dlm buah pinggang tidak termasuk yang dalam pundi kencing...masa tu aku rasa sedih takut tidak dapat mendaki..aku tersangat rajin makan ubat dan rusap (ubat kg) supaya cepat sembuh...hihi kepala batu gak la aku ni..walaupun abangku L tidak begitu setuju dengan niatku utk mendaki aku tetap mau mendaki...jadi dia pun bekalkan aku dengan air yasin untuk hancurkan batu yg ada dlm buah pinggangku...hihi terimakasih L :-)
21hb. November 2011 (Hari 1)
Bangun bersiap untuk perjalanan dari Kota Marudu ke Kundasang...pagi ni hujan turun dengan sangat lebat diikuti kilat dan guruh..kami tetap teruskan perjalanan. Aku berdoa supaya cuaca baik semasa kami mendaki nanti. Kami sampai di Kundasang pada jam 12.30 tengahari dan berhenti makan di Restoran Panataran. Restoran ni terletak betul-betul di hadapan Taman Kinabalu. Selepas makan kami pun cek in di D'Villa Rina Ria Lodge.
ini lodge tempat kami menginap :-)
22hb November 2011 (Hari 2)
cuaca mendung, selepas bersarapan ala kadar kami menuju ke Taman Kinabalu. Selepas mendapatkan pas, name tag dan lunch pack kami menaiki van ke Timpohon gate bersama guide. Timpohon gate adalah tempat permulaan pendakian. sepanjang pendakian kami melalui banyak anak tangga, kawasan berbatu dan laluan agak licin kerana pada waktu ini adalah musim hujan...
ini antara spesies orkid yg kami jumpa...
ini sebahagian laluan bertangga yg agak licin..
haaa...aku separuh mati mendaki tp porter ni relak ja mendaki bawa tong gas yg berisi..ponya kuat dia ni..
terjumpa pokok strawbery liar...rasanya masam
ini pula sebahagian laluan berbatu...tu porter angkat barang seberat 30kg..hihi
berhenti rehat di pondok 6 tiba2 ada pula tupai jinak datang minta coklat...hihi
lagi spesies orkid yg ku jumpa dlm perjalanan
Sampai di km4 aku mula rasa sesak nafas...mungkin disebabkan ketinggian oksigen berkurangan dan tekanan bertambah...nasib baik ada bawa ubat sedut..jadi termenyedut juga la aku...Jam 2 petang kami sampai di Panar Laban. Di sini kami menginap semalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak.. Kami ditempatkan dalam dorm untuk 8 orang..jadi kami stay dengan beberapa orang pelancong. Selepas berehat sekejap aku p bilik air...niat hati mo mandi tp rupanya heater rosak...air pula sejuk mengalahkan air dari peti sejuk...cancel ndak jadi mandi...hihi, aku cuci muka dan ambi wudhu..cari tempat solat tp tidak jumpa...last2 aku minta izin dgn pelancong yg ada dlm dorm tu utk tunaikan solat...Alhamdulillah dorg ok ja..
Lepas makan malam aku cuba tidur awal untuk pulihkan tenaga sebelum mula mendaki pada jam 2.30 pagi esok...tp aku tidak dapat tidur la pula...mata segar bugar sampai jam 1 pagi...aissss...rupanya kalau terlalu penat ni ndak dapat tidur..
ni restoran di Panar Laban, di tingkat atas merupakan tempat menginap..
ni pemandangan waktu sunset dari restoran di Panar Laban
hihi sempat g orang main bola tampar di halaman di Panar Laban.. masa ni suhu 6darjah celcius
23hb November 2011 (Hari 3)
Jam 2 pagi kami bersiap, selepas bersarapan kami mendengar taklimat daripada guide sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada jam 2.30 pagi. Pada waktu ini cuaca kurang baik...ribut dan angin sangat kuat..."kurang selamat mendaki sekarang ni sebab ribut tiba2 datang, kalau ribut kita mesti tunduk dan duduk kalau tidak nanti terbang" haaa tu la cakap tu guide...huiii kecut perutku takut..." tapi kalau kamu mau juga bolehlah cuba daki sampai mana saja yg dapat" sambung guide tu lagi...hihi jadi kami buat keputusan cuba saja...
Kami mendaki dlm cuaca yg sgt sejuk iaitu pada suhu 1 darjah celcius dan di puncak pula suhu mencecah bawah -1 kerana cuaca ribut.. semasa mendaki nafasku bertambah sesak...dadaku rasanya seperti dipicit dan sukar bernafas..berkali2 aku berhenti berehat dan tarik nafas...
masa mendaki kami bertembung dengan beberapa pendaki yang turun kerana tidak sanggup meneruskan pendakian..."angin kuat bahaya" tu la yg mereka cakap...tidak lama kemudian kami sampai dilaluan bertali...di sini pendaki perlu mendaki menggunakan tali.. Aku nampak seorang perempuan duduk mencangkung menahan sejuk..bila ku tanya jawabnya " saya gayat...tidak berani saya panjat..skrg ni tidak nampak tp nanti masa turun hari sudah siang nampaklah di bawah tu...saya gayat ni" kasihan pula dia..masa tu aku pun rasa mcm mo putusasa tp bila ku fikir2 bertapa payahnya aku mendari dari Timpohon dan bila ku ingat2 hajatku mo nyanyi lagu "happy Birthday" di puncak akhirnya aku teruskan juga mendaki...diserang ribut beberapa kali hampir saja aku terbuang...hihi dan sempat lg aku berhenti sedut ubat ampus..hahaha
Akhirnya setelah beberapa lama sampai juga aku dan dapat menyanyikan lagu "Happy Birthday" hihihi
ni gambar sun rise dari atas gunung...
di bawah tu pekan Kundasang
Jam 7 pagi kami mula bergerak untuk turun dari puncak ke Laban Rata pula..selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan turun ke Timpohon...perjalanan agak perlahan kerana hari hujan...ooo sungguh tidak selesa berjalan dlm cuaca hujan kerana rasa tidak selesa memakai baju hujan dan laluan agak licin...tapi apa2 pun aku rasa gembira dan berhajat untuk mendaki lagi tetapi ikut laluan dari Mesilau pula...
terjumpa periuk kera semasa turun dari gunung
Timpohon gate...
Emmm sini saya mo share beberapa perkara la ni kunu...hihi
Keperluan untuk mendaki Gunung Kinabalu
1. Baju tebal
2. Seluar agak2 tebal...ada yg pakai jeans boleh juga kalau rasa selesa
3. Sarung tangan 2 pasang
4. Kasut yg tapaknya kasar
5. Stokin 2 pasang
6. Face mask
7. minyak panas/gosok
8. makanan - coklat utk dapatkan tenaga segera
9. head lamp
10. baju hujan
Tips semasa mendaki
1. Jangan terlalu tundukkan kepala semasa mendaki kerana ini akan membuatkan kita berasa pening akibat kekurangan oksigen bila berada di tempat tinggi.
2. Bila terasa pening, berhenti sebentar...tarik nafas dalam2 dan minum air
3. Jangan berhenti rehat terlalu lama kerana otot akan kejang
4. Sapu kaki (betis, lutut, paha) dengan minyak panas apabila sampai di Laban Rata, jangan urut...cukup sekadar sapu dengan minyak panas kerana bila diurut otot akan bertambah sakit dan kejang...
5. Makan banyak semasa makan malam sebab anda mungkin tiada selera untuk supper sebelum mendaki pada jam 2.30 pagi...jadi anda sudah ada tenaga selepas makan malam tadi memandangkan tenaga sudah banyak digunakan semasa mendaki dari Timpohon ke Panar Laban...
ok..tu ja untuk kali ni... :-)